Cerita Teladan merupakan sebarang cerita yang penuh dengan unsur pengajaran/didaktik dan pendidikan moral yang ditetapkan melalui nilai-nilai murni. Pendidikan dan pengajaran ini adalah berdasarkan peristiwa yang berlaku pada watak dalam cerita tersebut. Sasaran utama cerita teladan adalah lebih kepada golongan kanak-kanak, sehinggakan kepada golongan dewasa. Tumpuan utama lebih kepada golongan kanak-kanak untuk menerapkan peraturan-peraturan sosial masyarakat dan juga ajaran-ajaran agama.
Cerita Teladan ini berpegang kepada hukum karma iaitu watak yang baik akhirnya akan mendapat pembelaan/balasan yang baik. Sebaliknya, watak jahat akan menerima balasan buruk setimpal dengan perbiatan yang dilakukan oleh mereka.
Dalam cerita teladan, unsur kebetulan memainkan peranan penting sebagai titik perubahan kepada watak utama. Unsur kesaktian dan keajaiban kurang diberi penekanan dalam cerita teladan berbeza dengan Cerita Lipur Lara.
Antara contoh Cerita Teladan yang popular ialah Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang dan Bawang Putih Bawang Merah.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.