Ads 468x60px

Pages

Sunday 20 November 2011

Ciri/sifat umum Cerita Lipur Lara

1.      Isi Karya
      
      Biasanya mana-mana Cerita Lipur Lara, isi ceritanya adalah mengenai pengembaraan yang berkaitan dengan anak-anak golongan raja. Setiap karya lipur lara akan menekankan bagaimana watak utama terpaksa keluar dari istana untuk meneruskan pengembaraan kerana hendak menyelesaikan sesuatu masalah.
       
      Contohnya, Hikayat Malim Deman, dimana watak Malim Deman terpaksa keluar mengembara untuk bertemu dengan bakal isterinya iaitu puteri dari kayangan yang diperolehi dalam mimpinya.

2.     Watak dan perwatakan


      Biasanya dalam mana-mana Cerita Lipur Lara, watak yang terlibat dalam cerita boleh dibahagikan kepada watak utama sama ada wira/wirawati, putera/puteri. Selain watak utama, ada watak pembantu dan juga watak jahat.

      Watak utama dikaitkan dengan watak anak-anak raja yang biasanya mempunyai rupa paras yang cantik, gagah berani dan kesaktian yang luar biasa. Watak utama ini akan mengembara  untuk mencapai hajat /tujuan tertentu. Diakhir cerita, watak utama akan berjaya mencapai cita-citanya.

      Watak pembantu ialah pengiring kepada watak wira/utama. Biasanya watak pembantu terdiri daripada pengasuh/pengiring kepada watak utama. Contohnya, Hikayat Malim Deman, watak nenek kebayan merupakan pembantu puteri manakala watak Watak Bujang Selamat merupakan pembantu kepada Putera Raja.

      Dalam mana-mana cerita lipur lara, watak jahat merupakan musuh kepada watak utama dalam usaha mencapai cita-citanya. Di akhir cerita, biasanya watak jahat akan mendapat balasan yang buruk setimpal dengan perbuatannya

      Contoh dalam Hikayat Malim Deman, watak utamnya ialah Malim Deman merupakan anak raja di bandar Muar yang mengembara dengan mempunyai pelbagai keistimewaan yang diperolehinya. Malim Demam terpaksa mengembara untuk bertemu dengan bakal isterinya. Manakala, watak pembantu dalam hikayat ini ialah Bujang Selamat yang merupakan pembantu kepada Malim Demam dan Nenek Kebayan menjadi pembantu kepada Puteri Bongsu (isteri Malim Demam). Watak jahat pula ialah Mambang Molek (bekas tunang Puteri Bongsu) yang menentang Malim Demam di kayangan.

3.       Gaya Bahasa

      Terdapat penggunaan bahasa prosa disulami puisi. Ungkapan-ungkapan yang tertentu   dan berulang-ulang. Ungkapan ini dikenali sebagai bahasa berirama. hal ini dapat diperhatikan ketika tukang cerita.

      Contonya:

 Santapnya santap beradat, 
Dua suap ketiga sudah,
Keempat basuh tangan,
Kelima kumur-kumur,
Keenam makan sirih,
Kelak jatuh kerongkongan,
Seri naik ke muka.


4.     Plot/susunan cerita


      Biasanya mana-mana cerita Lipur Lara, plot penceritaan dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

 a.   Bahagian pengenalan (sebelum pengembaraan)

Bagi cerita lipur lara, bahagian pengenalan dimulakan dengan kisah kelahiran watak        utama iaitu daripada golongan raja/istana. Peristiwa ini dikaitkan dengan pelbagai peristiwa yang luar biasa. Kemudian cerita terus berkembang sehingga watak utama meningkat dewasa.

b.   Bahagian pertengahan (semasa pengembaraan)

Bahagian ini biasanya diceritakan sebab/punca anak raja terpaksa keluar mengembara seterusnya diikuti dengan peristiwa semasa pengembaraan di mana watak anak raja terpaksa menghadapi pelbagai cabaran/rintangan, peperangan, percintaan dan juga perkahwinan. Pada masa ini juga dikaitkan dengan pertolongan alat-alat sakti. Segala kesusahan semasa pengembaraan ini perlu dihadapi oleh anak raja sebelum mencapai segala yang dihajatinya. Bahagian ini merupakan bahagian yang paling panjang dalam mana-mana cerita lipur lara.

c.    Bahagian akhir (selepas pengembaraan)

Bahagian ini merupakan bahagian akhir cerita dan biasnaya digambarkan dengan watak utama/anak raja yang berjaya memperolehi apa yang dicitakan. Watak utama akan hidup bahagia dengan keluarganya dan mempunyai kerajaan yang besar. Mana-mana cerita lipur lara ini akan berakhir dengan kegembiraan.

5.     Latar        


      Secara umunya, latar tempat bagi cerita lipur lara adalah meliputi latar yang amat luas iaitu merangkumi latar dunia dan kayangan. Latar dunia bukan hanya tertempu pada istana tetapi meliputi hutan belantara, lautan luas, gunung -ganang dan sebagainya. Selain itu, alam yang meliputi alam kayangan yang melibatkan dewa dewi, mambang dan sebahagiannya.

      Bagi latar masa pula adalah tidak terbatas. Kadangkala meliputi dua atau ketiga generasi berkaitan dengan watak utama. Contohnya, dalam Hikayat Malim Deman yang meliputi istana bermula bandar Muar, hutan belantara, gunung ganang dan kayangan semasa beliau mengembara mencari Puteri Bongsu. Terdapat juga kaitan dengan jin apabila Malim Deman meminta bantuan anak raja jin iaitu Tuan Puteri Turus Mata untuk ke kayangan dengan menggunakan kayu balak.

      Latar masyarakatnya adalah masyarakat Melayu Tradisional yang terdiri daripada masyarakat di Muar dan masyarakat di kayangan iaitu Puteri Bongsu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.