Ads 468x60px

Pages

Friday 18 November 2011

Cerita Binatang



Cerita Binatang merupakan cerita yang mengambil binatang sebagai watak dalam cerita. Watak-watak binatang ini diberi sifat sebagai manusia biasa iaitu boleh bertutur, berfikir dan hidup dalam masyarakat serta memainkan peranan tertentu.

Dalam cerita binatang terdapat watak manusia tetapi peranan manusia tidak ditonjolkan. Bahkan ada digambarkan mempunyai sifat bertentangan dengan binatang itu iaitu diberi sifat tamak, bodoh, dan sebagainya.

Dalam sesetengah cerita binatang juga dikaitkan dengan watak-watak dalam kalangan Nabi dan biasanya dikaitkan dengan Nabi Sulaiman a.s. yang dianggap dapat memahami bahasa yang dituturkan oleh binatang. Cerita binatang juga dianggap sebagai cerita mergastua dan setiap bangsa di dunia mempunyai cerita dongeng tentang binatang tersendiri.

Antara contoh Cerita Binatang yang popular dalam kalangan Masyarakat Melayu Tradisional ialah Hikayat Sang Kancil, Hikayat Pelanduk Jenaka, Katak Membunuh Gergasi dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.