Ads 468x60px

Pages

Tuesday 15 November 2011

Cerita Lipur Lara




Cerita Lipur Lara ialah segala cerita yang mempunyai unsur pengambaran atau advanture yang berkaitan dengan anak-anak / golongan raja. Cerita ini biasanya mengisahkan mengenai anak-anak raja/golongan istana dengan segala gambaran, keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian luar biasa (sumber natural).

Menurut Wilson dan R.O. Winstedd, Cerita Lipur Lara juga dianggap sebagai roman rakyat. Penglipur bermaksud memberi kegembiraan, keseronakkan dan kebahagian. Manakala, lara bermaksud berduka, bersedih atau kecewa. Oleh itu, penglipur lara bermaksud segala cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau duka cita.

Dalam masyarakat Melayu Tradisional, Cerita Lipur Lara adalah cerita yang popular kerana cerita ini dikaitkan dengan “Tukang Cerita/Tok Selampit” yang cuba menghiburkan hati pendnegar melalui cerita dan karya lipur lara ini.

Terdapat beberapa contoh Cerita Penglipur Lara yang popular dalam masyarakat Melayu Tradisional antaranya ialah Hikayat Raja Donan, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulong Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.