Ads 468x60px

Pages

Saturday 19 November 2011

Ciri/sifat umum Cerita Teladan



1.        Isi karya/cerita

Isi karya dalam cerita teladan ini dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang memberikan teladan/pengajaran. Pengajaran ini amat penting dalam kehidupan masyarakat. Penerapan nilai-nilai murni ini amat penting terutama untuk golongan kanak-kanak.

Contohnya jelas ditunjukkan dalam cerita Bawang Merah Bawah Putih. Cerita ini banyak menunjukkan teladan dan pengajaran iaitu kita hendaklah berbuat baik sesama manusia. Hal ini kerana, kehidupan manusia ini tidak akan lari dengan hukum karma iaitu perbuatan baik akan diberikan balasan yang  baik manakala perbuatan buruk akan diberi balasan yang buruk

2.            Plot/susunan cerita

Plot/susunan cerita bagi mana-mana cerita teladan ini adalah tersusun dengan teratur. Bermula dengan permulaan cerita, kemudian cerita akan berkembang dengan masalah dan diakhiri dengan penyelesaian. Permulaan cerita akan dimulakan dengan latar belakang watak utama. Bahagian perkembangan pula adalah mengenai masalah yang dihadapi oleh watak utama. Bahagian akhir merupakan bahagian penyelesaian masalah di mana watak baik akan menerima balasan baik manakala perbuatan watak jahat akan menerima balasan buruk (hukum karma).

Contoh dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih di mana bahgaian permulaanya adalah pengenalan terhadap watak iaitu watak Pak Ali yang mempunyai dua orang isteri iaitu Mak Labu dan Mak Kundur. Pak Ali turut mempunyai dua orang anak iaitu Bawang Merah hasil perkahwinannya dengan Mak Labu yang mempunyai watak perwatakan yang lemah lembut manakala Bawang Putih hasil perkahwinannya dengan Mak Kundur yang mempunyai watak yang kasar serta jahat. Cerita ini mula berkembang apabila kematian Pak Ali dan kematian Mak Labu. Pada bahagian ini, timbul pelbagai masalah yang dihadapai oleh watak utama iaitu Bawang Merah yang sering diseksa oleh ibu tirinya, Mak Kundur. Cerita ini diakhiri dengan pembalasan terhadap watak iaitu diakhiri dengan hukum karma. Di akhir cerita menunjukkan Bawang Merah akhirnya berkahwin dengan raja dan hidup dengan bahagia manakala Mak Kundur dan Bawang Putih dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

3.            Watak dan perwatakan

Bagi mana-mana cerita teladan, wataknya terdiri daripada watak manusia dan sesetengahnya menggunakan watak bukan manusia dan terdapat juga watak binatang, watak manusia dalam cerita teladan terdiri daripada golongan biasa /rakyat bawahan. Fokus utama adalah pada golongan miskin/bawahan. Melalui watak-watak ini, diterapkan unsur teladan/pengajaran berdasarkan cerita teladan yang didengar/dibaca. Terdapat beberapa kategori watak iaitu watak utama dan watak sampingan.

Watak utama memainkan peranan penting dalam menerapkan pengajaran kepada pendengar-pendengar cerita. Dalamcerita teladan ini, watak utamanya terpaksa menanggung derita, seksaan, nasib malang atau penindasan pada bahagian awalnya sebelum berlaku perubahan nasib kepada yang lebih baik. Pegangan bagi cerita teladan adalah watak baik akan menerima balasan baik manakala watak jahat akan menerima balasan jahat.

Selain itu, watak sampingan/watak antagonis juga memainkan peranan penting dalam cerita teladan. Watak-watak sampingan dalam cerita teladan adalah untuk membantu perkembangan cerita. Watak sampingan dalam cerita teladan ini boleh terdiri daripada golongan raja atau golongan rakyat dan terdapat sesetengah cerita menggunakan watak bukan manusia (binatang).

Contohnya jelas ditunjukkan dalm cerita Bawang Merah Bawang Putih. Watak-wataknya terdiri daripada watak-watak manusia dan watak bukan manusia. Watak utama dalam cerita ini ialah Bawang Merah yang berasal daripada golongan biasa/bawahan yang terpaksa menanggung derita, seksaan, nasib malang dan penindasan sebelum berubah kepada nasib yang lebih baik setelah berkahwin dengan raja. manakala watak sampingan (antagonis) ialah watak Mak Kundur dan Bawang Putih yang sering menzalimi Bawang Merah.

4.        Latar

Latar tempat bagi mana-mana cerita teladan adalah berlaku di alam nyata sama ada melibatkan istana raja atau dalam kawasan kampung-kampungyang lain. Latar masanya adalah pada masa zaman dahulu. Manakala, latar masyarakat bagi mana-mana cerita teladan adalah masyarakat Melayu Tradisional yang menggambarkan kehidupan yang sederhana.

Contohnya jelas dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih yang memaparkan latar tempatnya adalah di sebuah kampung yang merupakan tempat tinggal watak utama iaitu pinggir sebuah hutan. Latar masa pula adalah pada zaman Melayu Tradisional. 

5.        Unsur Kebetulan

Dalam mana-mana cerita teladan, unsur kebetulan diselitkan dalam cerita kerana unsur ini memainkan peranan penting sebagai titik perubahan yang berlaku pada watak utama. Unsur kebetulan ini merupakan unsur yang membantu watak utama untuk mendapakan kehidupan yang lebih baik.

Contohnya dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih. Unsur kebetulannya adalah apabila Pak Ali mengahwini Mak Kundur kerana perkahwinan pertamanya dengan Mak Labu tidak mempunyai anak. Unsur kebetulannya ialah, Mak Labu turut mengandung semasa Mak Kundur mengandung. Unsur Kebetulan lain ialah, kedua-dua anak Pak Ali ialah perempuan. Selian itu, unsur kebetulan dalam cerita ini ialah, berjumpaan antara Bawang Merah dengan raja sehingga berjaya berkahwin dan mendapat kehidupan yang lebih baik selepas itu.

6.        Hukum Karma

Mana-mana cerita teladan adalah berpegang kepada hukum karma iaitu watak baik akan menerima balasan yang baik dan sebaliknya berlaku iaitu watak jahat akan menerima balasan yang buruk setimpal dengan perbuatannya.

Contohnya jelas ditunjukkan dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih. Watak baik iaitu Bawang Merah akhirnya berkahwin dengan raja dan hidup bahagia manakala watak jahat iaitu Bawang Putih dan Mak Kundur telah dihalau dari istana atas perbuatannya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.