Ads 468x60px

Pages

Sunday, 20 November 2011

Funsi Cerita Jenaka

1.       Sebagai hiburan

Fungsi utama cerita jenaka ialah memberi hiburan. Hal ini bermakna perkataan jenaka membawa maksud/makna lucu dan turut membawa kesan menghiburkan kepada pembaca/pendengar. Unsur hiburan yang terdapat dalam  cerita jenaka jelas dilihat pada sifat lucu yang dimiliki oleh watak-watak dan daripada peristiwa lucu yang terjadi pada watak utama.

Contohnya jelas ditunjukkan dalam cerita Si Luncai. Dalam cerita ini, terdapat banyak sifat lucu dan peristiwa yang menghiburkan dan mengembirakan hati para pendengar. Sifat lucu ini jelas pada watak Si Luncai yang digambarkan mempunyai sifat yang melucukan iaitu seorang yang mempunyai paras fizikal yang pendek, gemuk, perut buncit, memakai kasut besar dan memakai serban besar di kepala. Cara pemakaiannya ini turut menimbulkan kelucuan dalam cerita jenaka tersebut.

2.       Sebagai pengajaran

Cerita jenaka biasanya mempunyai pengajaran tertentu kerana sifat/peristiwa yang diberikan pada watak utama. Unsur pengajaran yang terdapat dalam cerita jenaka merupakan pengajaran yang boleh digunakan dalam kehidupan manusia.

Contohnya dalam cerita Pak Kaduk. Dalam cerita tersebut pengajarannya dapat dilihat pada watak Pak Kaduk iaitu jangan berjudi kerana berjudi akan menyebabkan kita menjadi papa kedana. Sifat suka berjudi ini menyebabkan Pak Kaduk telah kehilangan harta bendanya. Pak Kaduk bukan sahaja kehilangan harta benda tetapi turut mendapat malu kerana semasa dia melompat keseronakkan kerana menyangka ayamnya telah menang dalam pertandingan menyabung ayam sehinggakan baju kertas yang dipakainya telah koyak.

3.       Sebagai sindiran/kritikan

Jelas membawa masej kritikan yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti golongan raja yang mempunyai kedudukan dan status yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Kritikan ini ditujukan kepada golongan yang tidak adil dengan golongan miskin dan lebih mementingkan diri sendiri. Golongan raja yang menindas rakyat jelata dengan mengenakan kekerasan digambarkan sebagai kritikan kepada golongan atasan.

Contohnya jelas dalam cerita Pak Kaduk. Dalam cerita ini kritikan ditujukan kepada golongan atasan yang menindas golongan bawahan dengan menggunakan kekuasaan yang dimilikinya. Raja yang sememangnya mengetahui ayam Pak Kaduk lebih handal daripada ayamnya telah mengajak Pak Kaduk supaya menukarkan ayamnya. Raja juga telah merampas tanah Pak Kaduk setelah Pak Kaduk kalah dalam pertandingan menyabung ayam tersebut. Hal ini menunjukkan sifat raja yang zalim dan tamak serta sanggup melakukan kekejaman untuk menjaga status dan kedudukannya yang tinggi.

4.       Gambaran masyarakat

Cerita jenaka memaparkan gambaran kehidupan masyarakat zaman dahulu. Masyarakat yang digambarkan adalah masyarakat yang mempunyai sifat bodoh-sial, pintar-bodoh dan pintar.

Contohnya jelas dalam cerita Pak Pandir yang dapat dikategorikan sebagai sebuah cerita pintar-bodoh.  Hal ini kerana, kepintaran Pandir terserlah apabila berjaya menipu Mak Andih apabila dia terlalu ingin makan penganan dengan menyatakan bahawa dia hendak pergi berlayar. Mak Andeh telah menyediakan kuih untuk Pak Pandir sebagai bekalan. Namun, kebodohan Pak Pandir pula terserlah apabila dia menyorok di atas para bagi mengelakkan diri dari penipuannya diketahui oleh isterinya, Mak Andeh.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.